Tuesday, April 26, 2011

1 Malaysia Yang di Harap Dapat Melerai Derita Anak Malaysia...

1Malaysia...seperti suara karamat yang datang dari langit...dimana saja,..apa saja yang diperkatakan dan dilakukan akan mengaitkan Slogan 1malaysia...dan tidak sah rasanya kalau apa yg dibuat tidak mengaitkan dengan slogan ini....
Sebagai rakyat malaysia,..saya rasa slogan ini semakin lama semakin menjadi ikutan dan sebutan dibibir setiap warga malaysia....lebih-lebih lagi kepada mereka yang ada kedudukan dan kaitan langsung dengan karajaan...setiap butir kata-kata yang diluahkan tetap akan mengaitkan slogan 1malaysia ini...Dan yang pasti,..slogan ini dikatakan semakin diterima ramai kerana apa yang digambarkan melalui slogan ini adalah untuk kebaikan rakyat Malaysia..RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...
Bermula dari Salam 1malaysia...ungkapan pembuka mulut setiap juruhebah dimana-mana corong radio dan televesen...dan kini rasanya berbagai wadah dan program menggunakan slogan 1Malaysia...seperti,..amanah saham 1malaysia,e-email 1malaysia yang bakal dinikmati oleh setiap rakyat malaysia berumor 18 tahun keatas,...untuk memudahkan kerajaan berinteraksi dengan rakyat kebanyakan....
Dalam catatan ini,...saya suka mencadangkan kepada kerajaan supaya slogan 1Malaysia ini diperluaskan kepada satu lagi projek yang saya rasa jika pihak kerajaan dapat laksanakan dengan menggunakan slogan 1malaysia ini, ia lebih memberi menafaat dan meningkatkan taraf hidup rakyat kerana ia memberi faedah secara langsung dalam kehidupan mereka sehari-hari....apa yang saya maksudkan disini ialah...kerajaan wujudkan satu lagi skim iaitu..ELAUN SARAHIDUP 1MALAYSIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA,..bagai setiap warganegara Malaysia berumor 18 tahun keatas dengan nilai elaun bulanan RM500 bagi setiap warganegara Malaysia....ini dirasakan lebih bermakna kerana kekayaan yang diperolehi oleh kerajaan dengan sokongan padu rakyat malaysia dapat dinikmati bersama walaupun nilainya tidak seberapa,...tetapi rakyat Malaysia akan merasa mereka lebih dihargai disamping dapat mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan tegar yang melanda. Umor 18 tahun ini adalah tahap yang paling minima layak diberi elaun 1Malaysia kerana pada umor tersebut ada dikalangan mereka sudah mula berkeluarga dan hidup berdikari,..elaun 1Malaysia bernilai RM500 ini dapat membantu kehidupan mereka,..dan kerajaan tidak akan risau lagi dengan kemungkinan ada rakyat yang kebuluran di kawasan pedalaman atau yang sakit kerana tidak ada makanan....Dan dengan wujudnya elaun 1malaysia ini rakyat akan sentiasa berdiri teguh dibelakang kerajaan kerana mereka akan merasakan seperti berada bersama pemimpin kerajaan dalam apa juga perjuangan...justeru itu maka, kerajaan harus dengan hati dan minda yang terbka dapat mempertimbangkan cadangan pengwujudan pemberian elaun 1malaysia ini kepada setiap warganegara Malaysia.
Dengan adanya elaun 1Malaysia ini,..rakyat akan sentiasa mendukung apa juga perancangan kerajaan dan akan berdiri teguh mempertahankan kerajaan kerana mereka kini telah menjadi sebahagian dari kerajaan disebabkan oleh elaun 1malaysia yang mereka terima. Jika mereka tidakberada dibelakang dan sama-sama mempertahankan kerajaan, kemungkinan mereka tidak lagi menerima elaun 1Malaysia ini dan ini sudah pasti akan merugikan mereka...kerana elaun 1Malaysia itu dalah sumber kekayaan yang diagihkan oleh kerajaan kepada semua warganegara yang mendokong perjuangan kerajaan menuju kemakmuran hidup yang berpanjangan...jadi dengan ini dicadangkan kerajaan sekali lagi dapat mempertimbangkan cadangan inui untuk wujudkan ELAUN 1 MALAYSIA untk semua warganegara Malaysia....

Keningau
27 April 2011
11.34am

Tuesday, March 8, 2011

CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN....

Sudah lama saya tidak mencatat apa-apa dalam blog saya,...bkan kerana tidak berminat tetapi sedikit kekangan..jadi dalam kesempatan ini saya cuba mengolah sedikit maksud kiasan dari 'perumpamaan' tersebut. memang tidak di nafikan,..dalam kita mengharung pelbagai kondisi kehidupan hari ini, bermacam kabar kita temui...sama ada yg mengembirakan,mengecewakan,menyakitkan,menggeramkan dan yang paling kita tidak suka suatu kabar 'pembohongan' kepada sesama insan. Mengapa ini berlaku..tdak perlu kita persoalkan kerana kebanyakan apa yang kita temui itu kekadang bleh diistilahkan sebagai'gimik' atau 'retorik' kata orang bijaksana....namun apapun istilah atau ungkapanya...yang pasti..janganlah CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN...kerana yang mengharap adalah mereka-mereka yang memerlukan pertolongan. Tapi,..jika sifat seperti ini diamalkan ia akan meningalkan suatu kesan yang mendalam...kerana orang yang ditujukan kepada CAKAP YANG TIDAK SERUPA BIKIN ini akan menyumpah seranah anda diatas pembohongan yang dilakukan. Oleh itu,..dalam apa jua yang dilakukan...jangan ambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah anda tunaikan...tetapi dilakukan hanya untuk kepentingan peribadi.....

Pedalaman.
8 Mac 2011
4.30 pm.

Thursday, July 15, 2010

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENTADBIR/PEMIMPIN....

Sesungguhnya hidup ini diibaratkan bagai sebuah RODA yang yang ligat berputar...kadang diatas kadang dibawah...begitulah lumrahnya alam dimana kita diberi kesempatan untuk bernafas bagi meneruskan hidup dialam maya ini. Tapi,..apa yang saya coretkan disini berkaitan dengan sifat manusia itu sendiri...ya,..sememangnya EGO itu ada pada setiap makhluk yang bernama manusia...dan sebab itulah ALLAH SWT sebelum menjadikan manusia ini Khalifah diatas muka bumi telah menawarkan kepada gunung ganang,bukit bukau,pokok,haiwan dan segala makhluk yang ada untuk menjaga/mentadbir bumi ini....tetapi mereka dgn rendah hati dan penuh keinsafan tidak sanggup menerima tawaran yang ALLAH beri....kerana khuatir tidak dapat menjalankan t/jawab yang diamanahkan.....
tapi,...bila ALLAH SWT menawarkan kepada makhluk yang bernama manusia...lantas manusia ini dengan tangan terbuka...kalau boleh diumpamakan dgn bidalan orang sekarang ini...kecil tapak tangan nyiru ditadahkan hanya semata-mata untuk menzahirkan sesanggupan makhluk manusia itu tadi menerima tawaran ALLAH SWT untuk mentadbir muka bumi ini.....subhanallah....dengan keangkuhan yang ada manusia menjadi pentadbir....menjadi khalifah diatas muka bumi ini...
Tapi apa yang kita lihat pada hari ini...t/jawab itu tidak dilaksanakan dgn sempurna seperti mana yg ALLAH kehendakki...manusia hendaklah memakmurkan mukabumi ini dari sebarang kerosakan...samada kerosakan fizikal dan rohaninya.....
Maka untuk mempastikan t/jawab itu disempurnakan...manusia yg menjadi pentadbir dalam apa juga bidang sekalipun kena melaksanakan t/jawab itu dengan sepenuhnya tanpa sebarang prejudis...dan begitu juga lah halnya jika...manusia itu diangkat menjadi pemimpin dalam negara...t/jawabnya ialah berlaku adil dan tidak mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan etika pentadbiran hanya semata-mata untuk mengekalkan dirinya sebagai pemimpin atau ketua.
Pemimpin yang tidak dapat menjalankan t/jawabnya sebagai pemimpin akan membawa kerosakan dalam organisasi yang dipimpin dan jika ini berlaku maka hancurlah organisasi itu...dan akibatnya masyarakat yang sepatutnya mendapat menfaat dari organisasi tersebut tidak kesampaian.
Oleh itu,...kita sebagai manusia yang dipimpin oleh pemimpin yang bernama manusia wajib memainkan peranan kita sebagai yang dipimpin untuk memberi teguran jika yang memimpin itu melakukan kesilapan atau terkeluar dari landasan kepimpinan yang sebenar....sesungguhnya berdosa bagi kita sebagai manusia yang dipimpin tetapi tidak melakukan atau melaksanakan peranan kita untuk menegur atau memperbetulkan kepimpinannya atau jika pemimpin itu sudah tidak boleh memimpin dan dikhuatiri akan membawa kepada kerosakan...harus ditukar kepada pemimpin yang benar-benar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab seperti mana yang dikehendakki dalam syariat islam....sama-samalah kita berfikir secara waras...

Tuesday, March 23, 2010

MENGHADAPI CABARAN ....

Salam sejahtera.....bercakap tentang cabaran ini saya fikir sesiapapun tahu akan maksud dan maknanya secara terang dan nyata....sebab cabaran dalam kata mudah suatu yang memerlukan seseorang itu sentiasa bersedia untuk menghadapinya..samada kecil atau besar kerana ia memerlukan kepada ketabahan....
Dalam konteks apa yang saya perkatakan ini adalah berkait rapat dengan situasi masa kini yang kita sedang hadapi bersama sebagai rakyat MALAYSIA yang mana bumi kita pijak adalah sama dan begitu juga dengan langit yang kita junjung....maksudnya,..apakah kita sebagai rakyat Malaysia pada hari ini menyedari atau tidak pelbagai cabaran sedang melanda dan menghimpit kita saban hari...putaran hidup siang berganti malam dan cuaca sering bertukar dari sejuk kepada panas dan sebaliknya tetapi apakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya....maka disinilah anugerah dari ALLAH SWT kepada makhluknya yang bernama manusia perlu digunakan yang mana Tuhan jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian yang hidup diatas muka bumi ini.....insya'allah apa jua cabaran yang mendatang jika kita menggunakan kebijaksanaan kita dalam menempuh cabaran yang sedang melanda ini akan dapat kita harungi dengan jayanya untuk masa depan yang lebih sempurna kerana kekuatan itu ada pada diri kita...

Monday, March 30, 2009

Berfikir lah secara rasional dalam melakukan sesuatu...

Salam sejahtera...

Akhir-akhir ini terlalu banyak pandangan yang dilemparkan oleh pelbagai individu...samada berkaitan politik,kehidupan semasa,pendidikan dan masa depan negara....
Kita sebagai manusia yang waras akalnya dan sebaik-baik kejadian diatas muka bumi ini sepatutnya menggunakan kewarasan akal tersebut sebelum melahirkan sebarang pandangan yang berkaitan dengan isu semasa pada ketika ini...kerana orang yang membaca dan mengikuti setiap apa juga yang kita coretkan dianalisa dan diadili dari segi kebenarannya.....
Oleh itu,..walau sepanas manapun dan secanggih manapun cara dan bahasa yang kita gunakan ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pembaca kerana mereka juga dibekalkan dengan akal yang sempurna....dan kebenaran akhirnya akan mereka temui.....
Dalam erti kata sebenar,...kita jangan lah melemparkan sesuatu yang palsu yang akhirnya menjadikan diri kita menjadi sampah pada pandangan mereka.....saya yakin anda memahaminya...

Wassalam
Jumpa lagi dilain coretan...

31mac2009
9.32am

Salam Pertemuan Kepada Semua Peminat Blog....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat blog.....
Ini adalah intro pertama saya untuk menjadi seorang blogger.....dan semoga apa yang akan saya paparkan dapat dikongsi bersama untuk menafaat berguna sama ada berkaitan isu semasa mahupun berkaitan pandangan saya yang lahir dari pemikiran saya....
Terima kasih.

PuteraBorneo

30Mac2009
5.01pm