Tuesday, April 26, 2011

1 Malaysia Yang di Harap Dapat Melerai Derita Anak Malaysia...

1Malaysia...seperti suara karamat yang datang dari langit...dimana saja,..apa saja yang diperkatakan dan dilakukan akan mengaitkan Slogan 1malaysia...dan tidak sah rasanya kalau apa yg dibuat tidak mengaitkan dengan slogan ini....
Sebagai rakyat malaysia,..saya rasa slogan ini semakin lama semakin menjadi ikutan dan sebutan dibibir setiap warga malaysia....lebih-lebih lagi kepada mereka yang ada kedudukan dan kaitan langsung dengan karajaan...setiap butir kata-kata yang diluahkan tetap akan mengaitkan slogan 1malaysia ini...Dan yang pasti,..slogan ini dikatakan semakin diterima ramai kerana apa yang digambarkan melalui slogan ini adalah untuk kebaikan rakyat Malaysia..RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...
Bermula dari Salam 1malaysia...ungkapan pembuka mulut setiap juruhebah dimana-mana corong radio dan televesen...dan kini rasanya berbagai wadah dan program menggunakan slogan 1Malaysia...seperti,..amanah saham 1malaysia,e-email 1malaysia yang bakal dinikmati oleh setiap rakyat malaysia berumor 18 tahun keatas,...untuk memudahkan kerajaan berinteraksi dengan rakyat kebanyakan....
Dalam catatan ini,...saya suka mencadangkan kepada kerajaan supaya slogan 1Malaysia ini diperluaskan kepada satu lagi projek yang saya rasa jika pihak kerajaan dapat laksanakan dengan menggunakan slogan 1malaysia ini, ia lebih memberi menafaat dan meningkatkan taraf hidup rakyat kerana ia memberi faedah secara langsung dalam kehidupan mereka sehari-hari....apa yang saya maksudkan disini ialah...kerajaan wujudkan satu lagi skim iaitu..ELAUN SARAHIDUP 1MALAYSIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA,..bagai setiap warganegara Malaysia berumor 18 tahun keatas dengan nilai elaun bulanan RM500 bagi setiap warganegara Malaysia....ini dirasakan lebih bermakna kerana kekayaan yang diperolehi oleh kerajaan dengan sokongan padu rakyat malaysia dapat dinikmati bersama walaupun nilainya tidak seberapa,...tetapi rakyat Malaysia akan merasa mereka lebih dihargai disamping dapat mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan tegar yang melanda. Umor 18 tahun ini adalah tahap yang paling minima layak diberi elaun 1Malaysia kerana pada umor tersebut ada dikalangan mereka sudah mula berkeluarga dan hidup berdikari,..elaun 1Malaysia bernilai RM500 ini dapat membantu kehidupan mereka,..dan kerajaan tidak akan risau lagi dengan kemungkinan ada rakyat yang kebuluran di kawasan pedalaman atau yang sakit kerana tidak ada makanan....Dan dengan wujudnya elaun 1malaysia ini rakyat akan sentiasa berdiri teguh dibelakang kerajaan kerana mereka akan merasakan seperti berada bersama pemimpin kerajaan dalam apa juga perjuangan...justeru itu maka, kerajaan harus dengan hati dan minda yang terbka dapat mempertimbangkan cadangan pengwujudan pemberian elaun 1malaysia ini kepada setiap warganegara Malaysia.
Dengan adanya elaun 1Malaysia ini,..rakyat akan sentiasa mendukung apa juga perancangan kerajaan dan akan berdiri teguh mempertahankan kerajaan kerana mereka kini telah menjadi sebahagian dari kerajaan disebabkan oleh elaun 1malaysia yang mereka terima. Jika mereka tidakberada dibelakang dan sama-sama mempertahankan kerajaan, kemungkinan mereka tidak lagi menerima elaun 1Malaysia ini dan ini sudah pasti akan merugikan mereka...kerana elaun 1Malaysia itu dalah sumber kekayaan yang diagihkan oleh kerajaan kepada semua warganegara yang mendokong perjuangan kerajaan menuju kemakmuran hidup yang berpanjangan...jadi dengan ini dicadangkan kerajaan sekali lagi dapat mempertimbangkan cadangan inui untuk wujudkan ELAUN 1 MALAYSIA untk semua warganegara Malaysia....

Keningau
27 April 2011
11.34am