Thursday, July 15, 2010

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENTADBIR/PEMIMPIN....

Sesungguhnya hidup ini diibaratkan bagai sebuah RODA yang yang ligat berputar...kadang diatas kadang dibawah...begitulah lumrahnya alam dimana kita diberi kesempatan untuk bernafas bagi meneruskan hidup dialam maya ini. Tapi,..apa yang saya coretkan disini berkaitan dengan sifat manusia itu sendiri...ya,..sememangnya EGO itu ada pada setiap makhluk yang bernama manusia...dan sebab itulah ALLAH SWT sebelum menjadikan manusia ini Khalifah diatas muka bumi telah menawarkan kepada gunung ganang,bukit bukau,pokok,haiwan dan segala makhluk yang ada untuk menjaga/mentadbir bumi ini....tetapi mereka dgn rendah hati dan penuh keinsafan tidak sanggup menerima tawaran yang ALLAH beri....kerana khuatir tidak dapat menjalankan t/jawab yang diamanahkan.....
tapi,...bila ALLAH SWT menawarkan kepada makhluk yang bernama manusia...lantas manusia ini dengan tangan terbuka...kalau boleh diumpamakan dgn bidalan orang sekarang ini...kecil tapak tangan nyiru ditadahkan hanya semata-mata untuk menzahirkan sesanggupan makhluk manusia itu tadi menerima tawaran ALLAH SWT untuk mentadbir muka bumi ini.....subhanallah....dengan keangkuhan yang ada manusia menjadi pentadbir....menjadi khalifah diatas muka bumi ini...
Tapi apa yang kita lihat pada hari ini...t/jawab itu tidak dilaksanakan dgn sempurna seperti mana yg ALLAH kehendakki...manusia hendaklah memakmurkan mukabumi ini dari sebarang kerosakan...samada kerosakan fizikal dan rohaninya.....
Maka untuk mempastikan t/jawab itu disempurnakan...manusia yg menjadi pentadbir dalam apa juga bidang sekalipun kena melaksanakan t/jawab itu dengan sepenuhnya tanpa sebarang prejudis...dan begitu juga lah halnya jika...manusia itu diangkat menjadi pemimpin dalam negara...t/jawabnya ialah berlaku adil dan tidak mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan etika pentadbiran hanya semata-mata untuk mengekalkan dirinya sebagai pemimpin atau ketua.
Pemimpin yang tidak dapat menjalankan t/jawabnya sebagai pemimpin akan membawa kerosakan dalam organisasi yang dipimpin dan jika ini berlaku maka hancurlah organisasi itu...dan akibatnya masyarakat yang sepatutnya mendapat menfaat dari organisasi tersebut tidak kesampaian.
Oleh itu,...kita sebagai manusia yang dipimpin oleh pemimpin yang bernama manusia wajib memainkan peranan kita sebagai yang dipimpin untuk memberi teguran jika yang memimpin itu melakukan kesilapan atau terkeluar dari landasan kepimpinan yang sebenar....sesungguhnya berdosa bagi kita sebagai manusia yang dipimpin tetapi tidak melakukan atau melaksanakan peranan kita untuk menegur atau memperbetulkan kepimpinannya atau jika pemimpin itu sudah tidak boleh memimpin dan dikhuatiri akan membawa kepada kerosakan...harus ditukar kepada pemimpin yang benar-benar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab seperti mana yang dikehendakki dalam syariat islam....sama-samalah kita berfikir secara waras...