Tuesday, March 23, 2010

MENGHADAPI CABARAN ....

Salam sejahtera.....bercakap tentang cabaran ini saya fikir sesiapapun tahu akan maksud dan maknanya secara terang dan nyata....sebab cabaran dalam kata mudah suatu yang memerlukan seseorang itu sentiasa bersedia untuk menghadapinya..samada kecil atau besar kerana ia memerlukan kepada ketabahan....
Dalam konteks apa yang saya perkatakan ini adalah berkait rapat dengan situasi masa kini yang kita sedang hadapi bersama sebagai rakyat MALAYSIA yang mana bumi kita pijak adalah sama dan begitu juga dengan langit yang kita junjung....maksudnya,..apakah kita sebagai rakyat Malaysia pada hari ini menyedari atau tidak pelbagai cabaran sedang melanda dan menghimpit kita saban hari...putaran hidup siang berganti malam dan cuaca sering bertukar dari sejuk kepada panas dan sebaliknya tetapi apakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya....maka disinilah anugerah dari ALLAH SWT kepada makhluknya yang bernama manusia perlu digunakan yang mana Tuhan jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian yang hidup diatas muka bumi ini.....insya'allah apa jua cabaran yang mendatang jika kita menggunakan kebijaksanaan kita dalam menempuh cabaran yang sedang melanda ini akan dapat kita harungi dengan jayanya untuk masa depan yang lebih sempurna kerana kekuatan itu ada pada diri kita...